Tiada 2 tiada tiga, hanya kau yg satu.
Kaulah permata hatiku
Kaulah jantungku
Kaulah nyawaku
Kau jugalah duniaku
Terima kasih anakku,
kerana kau, aku merasa menjadi IBU.
Bayi mu membahagiakan
Kanak mu mengembirakan
Remaja mu penuh cabaran
Dewasa mu mematangkan
Lembutlah hatimu anakku
Lapanglah dadamu anakku
Tenanglah fikirmu anakku
Mudahlah jalanmu anakku
Pilihlah Jalan yang benar anakku
Pilihlah jalan Yg diredhai anakku
Laluilah jalan ITU dengan sabar
Walaupun Jalan ITU amat mencabar
Lihatlah keindahan
Hidulah kesegaran
Dengarlah kebaikan
Ucaplah kesyukuran
Bahagiaku melihat kau gembira
Lukaku melihat kau berduka
Doaku agar kau berjaya
Doaku agar kau bahagia
Ya Allah,
Sayangilah dia
Kasihilah dia
Kasihanilah dia
Terangkanlah hatinya
Permudahkanlah urusannya
Tunjukkanlah dia jalan yang lurus
Jadikanlah dia anak yang Soleh
Sinarilah hatinya dengan cahaya keimanan
Hanya kau Maha Penyayang Dan Maha Mengasihani.
An ode to my dearest Son DLA
Jan 2016